-->

Tahu tak, hati manusia sebenarnya mengandungi 96% kandungan air? Tahu lagi tak, hati sebenarnya lebih besar daripada otak kita? Woah! Korang tahu ke tak, yang hati boleh menjana semula dirinya? Hebat! Okay last, korang tahu tak ada 3 jenis hati dalam pandangan Islam?

 Tahu tak, hati manusia sebenarnya mengandungi 96% kandungan air?

Tahu lagi tak, hati sebenarnya lebih besar daripada otak kita? Woah!

Korang tahu ke tak, yang hati boleh menjana semula dirinya? Hebat!

Okay last, korang tahu tak ada 3 jenis hati dalam pandangan Islam?


Ya, dalam pandangan Islam, ada 3 jenis hati yang perlu kita ketahui.

Kenapa mesti tahu?

Ya, sebab nak semak hati kita ni dekat tahap mana.

Okay, hati manusia boleh dibahagikan kepada 3 kelompok:

1. Hati yang sihat

2. Hati yang mati

3. Hati yang sakit

Hati korang dekat mana?


#1 Hati Yang Sihat

Hati yang sihat adalah hati yang selamat.

Selamat di mana? Di akhirat nanti geng!

Firman Allah SWT dalam Surah Asy-Syu'araa', ayat 88-89:

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, kecuali orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)."

Macam mana nak tahu hati kita sihat atau tak?

Hati yang sihat ini bebas dari segala syahwat & keinginan yang tak patuh perintah Allah.

Serta, bebas dari setiap syubhat, ketidakjelasan yang menyeleweng dari kebenaran.

Hati yang betul-betul patuh, taat dan tunduk kepada Allah SWT serta Rasulullah SAW.

Setiap pekerjaannya memang lillahi taa'la!

Hati yang sihat juga tak berani bersikap lancang, melulu atau keterlaluan sebab nak jaga aqidahnya!


#2 Hati Yang Mati

Inilah hati yg paling jauh dari Allah SWT.

Hati yg mati tak kenal siapa Rabb-nya 😭

Tak beribadah

Tak ikut perintah Allah

Tak buat apa yang Allah cintai & redhai

Hati yg mati hanya mengikut hawa nafsu & nikmat duniawi.

Apa yang dinampak hanya dunia!

Akhirat?

Wasalam terus!

Semua yg dia buat atas dunia ini, hawa nafsu yg kawal dan menguasainya.

Matlamat hidupnya semuanya untuk di dunia, tanpa fikirkan negeri abadi yg menanti.

Mahu kaya

Mahu hebat

Mahu cantik

Mahu popular

Mahu syurga? Taknak!

Astaghfirullahalazim 😭


#3 Hati Yang Sakit

Ia hidup, tetapi ada penyakit.

Kadang-kadang dia dekat kepada akhirat, kadangkala pula dia dekat kepada dunia.

Dalam hati yang sihat ada kecintaan, keimanan, keikhlasan & tawakal kepada Allah SWT.

Inilah sumber kehidupannya.

Tapi, ada juga bahagian hatinya yang cenderung kepada kecintaan & ketamakan terhadap syahwat, hasad, sombong & ujub.

Inilah sumber kehancurannya.

Hati yang sakit ini akan menyambut seruan yang paling dekat & rapat dengannya.

Kehidupan atau kehancuran?

Dunia atau akhirat?

Jadi, kita yang mana satu?

Sahabat, selagi kita masih hidup, sucikanlah hati agar dapat dituntun ke jalan yang Allah redha.

Usahakan untuk dapat hati yang hidup, khusyuk, tawaduk, lembut dan selalu berjaga.

Usahakan agar hati sentiasa merasai keberadaan Allah SWT ❤️

Semoga apa yang kami kongsikan ini ada manfaatnya buat korang.

Jagalah hati, kerana hati adalah kunci kepada aqidah yang perlu dipelihara!


Baik hati, baiklah akibatnya.

Buruk hati, buruklah akibatnya.

LihatTutupKomentar